259502234 207588451556012 3448233799084628462 n

MACAU SCAM : MENYAMAR EJEN INSURANS
Modus Operandi
1. Suspek menghubungi mangsa melalui panggilan telefon.
2. Mangsa dikatakan ada membuat tuntutan insurans.
3. Apabila mangsa menafikan, mangsa diminta untuk membuat laporan polis melalui panggilan telefon.
4. Mangsa kemudian dihubungi oleh pihak polis. Mangsa kemudian dikatakan terlibat dengan kes jenayah penggubahan wang haram / dadah.
5. Mangsa diminta untuk menyerahkan maklumat perbankan bagi tujuan siasatan.
6. Wang mangsa kemudian dipindahkan oleh suspek ke akaun keldai.
Maka mangsa pun tersedar telah ditipu apabila baki wang didalam akaun telah berkurang.
Admin nak pesan lagi !
JANGAN LAYAN PANGGILAN TELEFON DARI NOMBOR YANG TIDAK DIKENALI.
PUTUSKAN PANGGILAN DAN BUAT SEMAKAN.

Sumber :Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police