4

Mpox merupakan penyakit yang berpunca daripada virus monkeypox. Virus ini boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan. Ia juga boleh merebak melalui kontak secara langsung dengan peralatan yang telah dicemari cecair lepuh daripada individu yang dijangkiti mpox.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

 

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


 

4

Demam denggi berpunca daripada jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti serta menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 hingga 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

 


 

1

Bagaimanakah cacar monyet (monkeypox) tersebar daripada haiwan ke manusia?

Untuk makluman, banyak spesis haiwan yang didapati dijangkiti virus cacar monyet. la termasuk spesis tupai tali dan tupai pokok, tikus gergasi Gambia, tikus belang, dormis dan primat. Tikus seperti tikus gergasi Gambia (Cricetomys gambianus) dan tupai juga disyaki sebagai haiwan pembawa semula jadi virus ini.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


 

294663257 421878329974176 8766275906242441254 n

Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan influenza, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa 

mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi , amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer ,mengamalkan adab batuk yang baik; mengamalkan cara hidup sihat.

Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza, sila laksanakan perkara-perkara seperti dikongsikan.

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


 

269814960 283124163849594 2618769540619739143 n

Kenali gejala-gejala COVID-19

Contoh gejala yang sering dialami adalah:

Deman,Batuk,Keletihan dan Kehilangan Deria Rasa Atau Bau

Amalkan TRIIS dalam kehidupan harian, patuhi SOP yang ditetapkan dan lakukan ujian kendiri walau di mana anda berada.

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA