244911112 231709572324387 1623854333155985345 n

Varian Delta adalah varian paling bahaya kerana sangat mudah dan cepat berjangkit. Pelitup muka terutama pelitup muka berganda mampu mengurangkan risiko jangkitan varian ini dan varian-varian lain termasuk kepada mereka telah lengkap vaksinasi.

Jangkitan dalam kalangan mereka yang lengkap vaksinasi tidak mustahil berlaku. Namun, semua vaksin #COVID19 terbukti berkesan mencegah daripada jangkitan lebih teruk berbanding mereka yang tidak lengkap vaksinasi dan belum divaksin.

Jika anda bergejala, bertindak segera dengan melakukan ujian kendiri dan mengasingkan diri di rumah bagi mengelak penularan jangkitan.

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA