Mereka yang menghidap penyakit-penyakit ini adalah kumpulan berisiko tinggi yang boleh mendapat komplikasi penyakif bahaya jika dijangkiti #COVID19.
Mereka ini diutamakan untuk divaksin dalam Fasa 2 yang akan bermula 17 April.
Jika anda atau ahli keluarga anda dalam kumpulan ini, pastikan mereka telah mendaftar.
Hubungi 1800-888-828 untuk pertanyaan atau vaksincovid.gov.my
Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Sistem Janji Temu Klinik adalah inisiatif KKM kepada orang awam selaku pelanggan, yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia (sistem ini sedang dilaksanakan secara berperingkat di klinik-klinik).
Dengan adanya Sistem Janji Temu Klinik ini, pelanggan-pelanggan KKM tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan ini sekaligus dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan.
Sumber : https://t.me/sihatmilikbersama
Pemberian Vaksin COVID-19
1️⃣ Terima notifikasi pengambilan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera
2️⃣ Pengambilan vaksin adalah secara sukarela
3️⃣ Jenis vaksin yang akan diterima ditetapkan oleh KKM
4️⃣ Pemberian vaksin adalah percuma kepada individu 18 tahun dan ke atas
5️⃣ Anda akan menerima 2 dos vaksin COVID-19 dari jenis yang sama
Sumber : http://t.me/sihatmilikbersama