Mesej Didakwa Dari OCS Balai Kepala Batas Mohon Sumbangan Makanan Untuk ‘Frontliners PDRM’ Adalah Tidak Benar
Dimaklumkan bahawa info tersebut adalah tidak benar. Pihak Balai Polis Kepala Batas atau mana-mana wakil Ketua Polis Balai Kepala Batas tidak pernah membuat permohonan seperti yang dinyatakan sama ada dalam bentuk material atau wang tunai daripada mana-mana individu atau lain-lain agensi selari dengan penugasan Op Covid-19.
#StayAthome #StaySafe #KitaPastiMenang! #Covid19
(Sumber:https://t.me/sebenarnyamy)