21.4.5

Langkah proaktif Selangor iaitu Saringan Komuniti Bersasar terbukti berkesan sebelum ini di mana 5 kes positif dapat dikesan lebih awal dalam saringan fasa pertama. Majoriti warga emas dan berpendapatan sederhana mendapat faedah besar dari langkah ini.

Dengan pelaksanaan penuh teliti, ketat serta mematuhi semua syarat dan SOP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, saringan ini dijalankan di kawasan titik panas supaya penularan virus dapat disekat lebih awal sebelum ia lebih meluas. Usaha ini selaras dengan saranan World Health Organization iaitu, "Test! Test! Test!"

Pengupayaan teknologi seperti Big Data Analytics juga membantu meningkatkan keberkesanan saringan ini. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bersikap proaktif bagi situasi sebegini dan semoga usaha ini mampu menjadikan Selangor bebas dari COVID-19

#Covid19 #Staysafe #StayAtHome

(Sumber:https://web.facebook.com/SelangorTaskForceCovid19)