Aplikasi MySejahtera membolehkan rakyat Malaysia untuk:
1. Mengetahui risiko mereka terhadap Covid-19.
2. Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan Covid-19.
3. Melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa.
4. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang Covid-19 di Malaysia dan dunia.
5. Mengetahui dan mencari 'Hot-Spot' Covid-19 di sekitar anda.
Muat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda melalui Google Play, App Store dan AppGallery.
Penambahbaikan terhadap sistem aplikasi ini sentiasa dikemaskini setiap waktu. Namun, jika anda mengalami sebarang masalah teknikal ketika sedang mendaftar, sila hantarkan emel kepada bahagian teknikal di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
#kitamestimenang #covid19Malaysia #kitateguhkitamenang #breakthechain #dudukdirumah
(Sumber:https://web.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia)