23.4.12

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Balai Seni Negara (National Arts Gallery) telah membangunkan laman sesawang _Go Gallery (gogallery.my)_ sebagai hab maklumat dalam talian untuk komuniti seni visual kepada masyarakat.

Lelaman ini menampilkan senarai aktiviti, pameran dan maklumat berkaitan penggiat seni dan pemain industri seni visual terkini yang boleh dijadikan rujukan oleh orang ramai. Terdapat pelbagai segmen menarik di dalam laman maya Gogallery.my seperti _Virtual Art Class, Virtual Art Gallery, Virtual Art Talk,_ Penulisan Seni, _Young Art Entrepreneur (YAE!) Online, Street Art – Mural dan graffiti artist online,_ memperkenalkan pelukis potret dan karikatur serta tempahan terus kepada pelukis dan koleksi tetap – _Collection Study Room._

Layari www.gogallery.my untuk maklumat lanjut.

#StayAtHome #StaySafe #Covid19

(Sumber:https://t.me/kkmmchannel)