Satu kejadian kluster di sebuah restoran di Guangzhau, China telah menunjukkan bagaimana kesan pengudaraan yang tidak baik dan penggunaan penghawa dingin boleh menyebabkan penyebaran virus corona lebih jauh dari yang disangka.
Dalam kejadian tersebut, seorang individu yang telah dijangktii Covid 19 tetapi TIDAK BERGEJALA telah menyebabkan jangkitan pada 9 pelanggan restoran yang lain.
Kajian mendapati, tiupan penghawa dingin telah menyebabkan titisan air yang mengandungi virus terbang dari meja C ke meja A dan kemudiannya ke meja B
Semasa sedang makan, pelanggan perlu membuka topeng muka dan biasanya akan berbual. Ini menjadikan restoran satu tempat yang berisko untuk berlaku penyebaran virus.
Kejadian kluster ini menunjukkan
-Kepentingan pengudaraan dalam restoran
-Kepentingan pelanggan restoran untuk memberi maklumat peribadi kepada restoran
-Risiko untuk makan di dalam restoran yang berhawa angin.
Pilihlah untuk bawa pulang makanan , menggunakan perkhidmatan e hailing, atau masak sendiri di rumah.
(Sumber:https://www.facebook.com/publichealthmalaysia)