SOP BAGI RESTORAN / GERAI MAKAN / FOOD TRUCK DAN LAIN-LAIN MULAI 4 MEI 2020
1. Penjarakkan sosial & Kawalan Bilangan Pelanggan
- Meja makan disusun sekurang-kurangnya 2 meter antara satu sama lain
- Setiap meja juga perlu diletakkan notis hanya untuk seorang, atau dua orang mengikut kepada saiz meja.
- Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan masuk ke premis pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial
2. Buat garisan di lantai depan kaunter bayaran
- Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.
3. Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran
- Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.
- Sediakan penyembur pembersih meja yang mencukupi. Pastikan selepas pelanggan makan, bersihkan meja segera sebelum pelanggan lain duduk.
4. Sediakan face mask kepada pekerja.
- Pastikan pekerja memakai face mask setiap masa.
5. Periksa suhu badan pelanggan
- Periksa suhu badan pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke restoran
6. Catat nama, no.kad pengenalan, no. telefon pelanggan, suhu badan (pelanggan & pekerja), tarikh dan masa mereka datang ke restoran.
(Sumber:https://www.facebook.com/MyGCCMalaysia)