2.-17mei

Antara ciri ciri unik jangkitan Covid-19 yang menyebabkan ia lebih mudah merebak adalah kerana ia menyebabkan sesetengah individu TIDAK mempunyai sebarang gejala walaupun telah dijangkiti. Individu ini mempunyai viral load (bilangan dan kandungan virus) yang sama seperti individu yang bergejala dan mempunyai kapasiti yang sama untuk menyebabkan jangkitan. 

Satu satunya cara untuk mengetahui status jangkitan adalah dengan menjalani ujian saringan Covid. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ujian hanya dilakukan pada golongan sasar yang mempunyai potensi jangkitan. Cara yang ada untuk mencegah penularan jangkitan dari individu yang tidak bergejala adalah dengan terus mengamalkan penjarakan sosial dan mengelakkan tempat yang padat/ sesak

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang

(Sumber: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/)