14.6.2020-2

TERKINI! MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA PASAR PAGI & PASAR MALAM, MDSB DALAM TEMPOH PKPP.

Pembukaan Pasar Pagi dan Pasar Malam dalam kawasan MDSB akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:

19 dan 20 Jun 2020 - Pasar Pagi/Malam Sabak

23 dan 24 Jun 2020 - Pasar Pagi/Malam Sungai Besar dan Sekinchan.

Meja pendaftaran akan dibuka di setiap lokasi Pasar Pagi/Malam untuk memudahkan para peniaga dan nombor petak akan diberikan sebelum para peniaga memulakan perniagaan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Pelesenan, MDSB melalui talian 32241000 atau menghubungi terus pegawai pelesenan, 0133401232.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

- Unit Korporat & Perhubungan Awam. MDSB -

#HapusCOVID19 #KitaAkanMenang #Elakkan3S #staysafe

(Sumber:https://web.facebook.com/MajlisDaerahSabakBernam)