15.6.2020-1

Penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi norma baharu buat masyarakat di negara ini sebagai antara kaedah bagi membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), dalam pengawasan penularan wabak COVID19 di Malaysia

Aplikasi MySejahtera merupakan satu instrumen penting bagi memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini COVID19 dan nasihat kesihatan, akan membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan tepat untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID19 dalam masyarakat.

Teruskan mematuhi SOP PKPP supaya kita semua dapat putuskan penularan wabak COVID19.

(Sumber: https://t.me/cprckkm)