16.6.2020-1

Setiap negara di dunia diuji dengan pandemik COVID-19 termasuk Malaysia. Berlandaskan usaha merealisasikan norma baharu, usaha menghapuskan jangkitan denggi juga perlu diketengahkan dalam norma baharu.Terdapat peningkatan kes denggi sejak 8 minggu yang lalu dengan purata 8% seminggu. Sejak Januari sehingga 13 Jun, seramai 88 orang telah meninggal dunia akibat denggi.Berdasarkan trend kes denggi dalam tempoh 5 tahun, KKM menjangkakan GELOMBANG KEDUA denggi bermula awal Jun hingga September 2020.Bersama kita laksanakan “10 minit hapuskan Aedes” dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar penempatan kita setiap minggu