1.-4mei

Sebanyak 122 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 6,298 kes. 87 kes telah pulih menjadikan 4,413 pesakit telah pulih dan discaj. 2 kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 105 kes. Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03-88882010.

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang

(Sumber:https://web.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara)

 

3052020-1

#COVID19 Daripada 122 kes baharu hari ini, 52 adalah kes import dan 70 adalah kes tempatan.

Daripada 70 kes tempatan, 24 kes di PKPD dan 46 kes PKP.

(Sumber:https://t.me/MKNRasmi)


 

3052020-5

Norma Baharu Kerja Dari Rumah.

Mungkin ada yang seronok bekerja dari rumah sampai lupa waktu rehat.Lakukan X-Break setelah duduk berterusan selama 2jam.

Ikut 3R.

-Rutin

-Rehat

-Ruang Kerja.

#StaySafe #Stayathome #Covid19

(Sumber:https://t.me/sihatmilikbersama)


 

3052020-2

Jika ibu bapa anda warga emas dan menghidap penyakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, masalah jantung atau buah pinggang, pastikan mereka tidak keluar rumah.

Dapatkan maklumat lanjut dari fasiliti kesihatan terdekat untuk mudahkan ibu bapa anda mendapat bekalan ubat.

KKM menyediakan banyak kemudahan seperti penghantaran secara pos atau pandu lalu.

Bagi mengekalkan penjarakan sosial di fasiliti kesihatan, antara cadangan sedang diteliti ialah pesakit menunggu dalam kenderaan sehingga tiba giliran.

Norma-norma baharu kini adalah realiti.

(Sumber:https://t.me/MKNRasmi)