8.-26april

Sebanyak 38 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 5,780 kes. 100 kes telah pulih menjadikan 3,862 pesakit telah pulih dan discaj. Tiada kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 98 kes. 
Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03-88882010.

#StayAthome #Staysafe #Covid19 #Kitajagakita

7.-26april

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 100 orang
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 3,862 kes bersamaan dengan 66.82.% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua! 

#StayAthome #Staysafe #Covid19 #Kitajagakita

5.-26april

Terkini, keupayaan maksima makmal utk ujian virus COVID-19 dgn kaedah RT-PCR telah meningkat kpd 16,385 sehari. Keupayaan makmal kini telah diperluaskan dgn melibatkan 43 makmal daripada sektor awam, universiti & sektor swasta. Tahniah kpd semua petugas makmal di sebalik tabir - KP Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

#StayAthome #Staysafe #Covid19 #Kitajagakita

 

 

6.-26april

Masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penduduk zon hijau pula mulai mengambil mudah situasi tiada kes baharu yang dilaporkan, dan ini sememangnya merisaukan KKM. Perang ini masih belum tamat. Jika kita leka, bila-bila masa sahaja kita akan dijangkiti. Tolong, patuh pada PKP. Duduk dirumah, dan amalkan kebersihan diri. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan semasa COVID-19 di Malaysia melalui FB Live KKM yang akan bersiaran kira-kira jam 4.00 petang.

#StayAthome #Staysafe #Covid19 #Kitajagakita

 

4.-26april

Selangor Mansion yang terletak di daerah Lembah Pantai, melaporkan 20 lagi kes baru positif COVID19 manakala Pusat Bandar Utara dan Sekitar Pasar Borong Selayang melaporkan 10 kes baru.

#StayAthome #Staysafe #Covid19 #Kitajagakita