Tarikh | 19 Jun 2023, Isnin |
Masa | 10 Pagi - 12 Tengahari |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 1 Peserta |
Tujuan
Pembelajaran ini bertujuan untuk mengajar peserta cara membuat dokumen, mengemaskini dokumen serta menyimpan dokumen. Kemudian, memberi pembelajaran mengenai asas kemahiran microsoft word sekaligus meningkatkan kemahiran ICT peserta.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Kemudian, petugas menerangkan setiap ikon dan fungsi yang terdapat di dalam microsoft word serta menunjukkan cara menggunakan microsoft word dengan mudah. Peserta juga membuat tugasan yang diberikan dengan tunjuk ajar oleh petugas.