2

 

 Tarikh              8 March 2020 (Ahad)
 Masa    10 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   1 Peserta

 

Tujuan

Kelas multimedia ini dilakukan mengunakan perisian canva untuk membuat sticker produk jualan oleh usahawan tempatan iaitu Puan Norizan Tarmizi

Aktiviti.

Petugas menerangkan tentang canva kepada Puan Norizan serta memberi tunjuk ajar cara mengunakan canva.Puan Norizan membuat design sticker dengan tunjuk ajar dari petugas.

Gambar Disini

 


 

9

 

 Tarikh              15 Februari 2020 ( Sabtu )
 Masa    2.30 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   6 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti facebook ads ini dilakukan bertujuan untuk membantu para usahawan belajar cara membuat iklan pemasaran melalui facebook.Facebook ads ini dilakukan oleh usahawan usahawan untuk menaikkan setiap posting produk mereka yang dilakukan di facebook.Ia sangat membantu kepada usahawan yang baru berniaga yang ingin memasarkan produk mereka supaya dikenali ramai.

Aktiviti

Pusat Internet menjemput Cik Dhiya seorang pekerja di sebuah syarikat,beliau mempunyai kemahiran didalam pemasaran membuat iklan di facebook.Cik Dhiya memberi sedikit taklimat dan penerangan kepada peserta secara terperinci mengenai facebook ads.Peserta diminta membuka akaun page facebook.Setiap maklumat terperinci mengenai facebook diterangkan dan ditunjuk ajar oleh Cik Dhiya.Pelajaran dari membuat akaun page facebook,cara membuat link whatsapp,ayat posting yang menarik serta pelajaran membuat bayaran iklan di facebook.

Gambar Disini

 

 

2

 

 Tarikh              6 Februari 2020 ( Khamis )
 Masa    10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   14 Peserta

 

Tujuan

E-pembelajaran ini dilakukan dengan kerjasama Tabika Kemas Seri Pantai,Kampung Baru Nelayan supaya peserta dapat belajar mengenal haiwan peliharaan beserta bunyinya dan peserta dapat belajar dengan lebih efektif dengan mengunakan komputer.

Aktiviti

Petugas memperkenalkan tajuk dan detail aktiviti yang akan dibuat serta mengajar jenis-jenis haiwan ternakan beserta bunyinya dengan tayangan video di youtube.com.Peserta membuat aktiviti menyusun puzzle dan meneka gambar haiwan yang terbentuk.

Gambar Disini

 

 

3

 

 Tarikh              9 Februari 2020 ( Ahad )
 Masa    2.30 Petang - 5.30 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   6 Peserta

 

Tujuan

E-pembelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan bertujuan peserta dapat belajar dan seterusnya menguasai Bahasa Inggeris yang menjadi salah satu subjek utama di sekolah dan untuk mengajar peserta menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk sesuatu yang memberi manfaat.

Aktiviti

Petugas mengajar peserta untuk mengenal beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan para peserta belajar mencari maksud perkataan dan menyebut perkataan tersebut.Selain itu,petugas memberi tugasan dengan menjawab quiz yang diberikan.

Gambar Disini

 

 

 

 

IMG 20200202 150802

 

 Tarikh              2 Februari 2020 ( Ahad )
 Masa    3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   11 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta teknik mudah mengira dalam matematik.

Aktiviti

Petugas menerangkan aktiviti yang akan dilakukan serta memberi penerangan tentang aktiviti tersebut dengan tayangan di paparan skrin. Peserta di minta membuka link https://www.mathplayground.com/ yang diberi oleh petugas dan membuat latihan tersebut dengan tunjuk ajar petugas.

Gambar Disini