Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ambilan sesi 2024/2024 mulai 5 Julai 2024 pada jam 3:00 petang.
Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my. Untuk sebarang soalan sila layari laman sesawang di ruangan Pendidikan> Lepasan Menengah> Matrikulasi> Soalan Lazim Matrikulasi.
Sumber : Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
INFO KPM: Semakan tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) & Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) bermula pada 21 Jun 2024 (Jumaat). Semakan boleh dibuat di pautan https://sst6.moe.gov.my/
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Penyaluran baucar buku kepada murid/pelajar di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bermula.
Log masuk aplikasi DELIMa untuk mendaftar masuk ke akaun Kota Buku Digital. Kredit akan dipaparkan di akaun masing-masing dan anda boleh memilih judul buku yang pelbagai.
Gunakan peluang ini untuk tingkatkan ilmu menerusi pembacaan buku yang berkualiti.
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia