Usahawan : Produk Makanan 

Nama     : Junaidah Binti Ralih
Umur  : 56 Tahun
Ahli   : 2023

 

Latar belakang

Puan Junaidah berusia 56 Tahun yang merupakan seorang ibu tinggal di Kawasan Kg Baru Nelayan. Beliau merupakan ibu tunggal yang menyara anak-anaknya dengan membuat tempahan nasi lemak

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan NADI Kg Baru Nelayan, Beliau mengambil tempahan nasi lemak daripada kenalan yang mengenali beliau. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2023. Produk pertama beliau adalah corn flakes salted egg.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mula melibatkan diri dengan aktiviti di NADI selepas menjadi ahli NADI pada bulan 8 2023. Beliau mempelajari cara membuat sticker produk dan mengikuti kelas pemasaran dalam talian yang di anjurkan NADI dengan Kerjasama pihak FAMA Negeri Selangor. Kini, beliau sudah mempunyai kedai dalam talian di Platform agrobazaar online yang diberi nama Kedai Kak Ju.

photo 2024-01-13 15-01-20