344732995 1271183370215476 7267283498875876715 n

 

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Sabak Bernam.
Bila tu? Di mana?
🗓️ 12 Mei 2023 (Jumaat)
🕔 8.00 mlm - 11.00 mlm
📍Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam
 
12 Mei, bermula jam 8:30 akan diadakan beberapa pertandingan. Semua dipelawa menyertai kerana hadiah wang tunai menanti anda. 
- Pertandingan hias dan gubah pulut kuning.
- Pertandingan ikat sampin
- Pertandingan anyam ketupat
- Pertandingan karaoke lagu raya
Penyertaan pertandingan masih dibuka
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Puan Suhada 0192899868
 
Pada sebelah malam, anda boleh menikmati juadah hari raya daripada 37 gerai yang antaranya sediakan sate, pelbagai bubur, kambing bakar, lemang, rendang, pelbagai sup, air balang, air panas dan sejuk, kuih muih tradisional dan banyak lagi.
 
Untuk anak - anak turut disediakan soopa doopa supaya lebih meriah.
 
Ada artis juga seperti :
-Lan Solo
-Ezad azim
-Buskers undangan
- Suhaimi (Bintang P..Ramlee)
Lagi best, ada cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah. Hadiah utama motosikal honda, ada tv, barang elektrik dan banyak lagi.
 
Ada satu lagi yang best pada malam. Apa tu?
Pameran variasi motosikal (berkuasa tinggi dan retro) Jom peminat motosikal. Jangan lupa hadir!!
 
Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin.
Semoga kehadiran semua menambahkan kemeriahan dan memberikan lebih erti buat majlis nanti.
Jumpa 12 Mei 2023!!