15.6.2020-3

Sayur dan buah-buahan memberikan kita banyak kelebihan kesihatan kepada kita kerana ia memenuhi keperluan vitamin dan mineral kepada tubuh badan.Malah pemakanan yang betul dan seimbang dapat membantu mencegah penyakit-penyakit seperti hipertensi, cardiovaskular dan kanser.

(Sumber:https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia)


 

15.6.2020-2

PKPP : TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN 15 JUN 2020

(Sumber:https://t.me/MKNRasmi)


 

14.6.2020-6

Terkini #covid19malaysia, 14 Jun

Kes sembuh = 35
Jumlah kes sembuh = 7,346

Kes baharu positif = 8
(Import = 2
Kes penularan tempatan = 6)

Jumlah positif = 8,453

Kes kematian = 1
Jumlah Kes kematian = 121

kes dirawat di ICU = 4

(Sumber:https://t.me/cprckkm)


 

15.6.2020-1

Penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi norma baharu buat masyarakat di negara ini sebagai antara kaedah bagi membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), dalam pengawasan penularan wabak COVID19 di Malaysia

Aplikasi MySejahtera merupakan satu instrumen penting bagi memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini COVID19 dan nasihat kesihatan, akan membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan tepat untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID19 dalam masyarakat.

Teruskan mematuhi SOP PKPP supaya kita semua dapat putuskan penularan wabak COVID19.

(Sumber: https://t.me/cprckkm)


 

14.6.2020-5

Salah satu inisiatif PENJANA adalah memastikan perkhidmatan awam sentiasa ADA BERSAMA ANDA dalam setiap langkah memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi

(Sumber:https://t.me/mofpenjana)