18.5.2020-7

𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐲𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦

Skim Perlindungan Masyarakat mySalam adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 kepada 8 juta rakyat Malaysia.

Beberapa maklumat yang anda perlu tahu mengenai mySalam:

-Tiada Pendaftaran Diperlukan – Semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) , berumur diantara 18 ke 65 tahun boleh melayari portal rasmi mySalam di www.mysalam.com.my untuk semak status kelayakan mereka.

-Semua tuntutan dilakukan secara dalam talian.

-Pembayaran untuk tuntutan yang berjaya akan dikreditkan ke akaun penerima secara terus.

-Perlindungan untuk COVID-19 merangkumi kes pesakit yang positif dan kes pesakit di bawah siasatan (PUI) – dengan surat pengesahan dari KKM sebagai dokumen sokongan.

-Tuntutan sebanyak RM50/sehari sehingga 14 hari setahun

-

Ahli layak membuat tuntutan pengantian pendapatan satu kali pembayaran sekiranya mereka didiagnosis dengan salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal, seperti yang disenaraikan di portal.

Berikutan penularan virus COVID-19, manfaat ini telah dipanjangkan untuk ahli mySalam yang dijangkiti virus ini.

Berikut merupakan proses mudah untuk melakukan tuntutan COVID-19:

1. Log masuk ke profil mySalam anda > klik "Tuntutan" > "Penyerahan Tuntutan"

2. Klik "Tuntutan Hospitalisasi" bagi:
i) Pesakit Positif COVID-19
ii) Disyaki COVID-19 dan dikuarantin di pusat Kuarantin KKM
iii) Disyaki COVID-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman

3. Isikan Butiran
i) Tarikh masuk wad/mula kuarantin
ii) Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
iii) Nama hospital/premis kuarantin (bukan hospital)

4. Muat Naik Dokumen & Klik "Lampirkan"
i) KP depan & belakang
ii) Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
@
iii) Surat Perintah Kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)

5. Klik "Hantar" & "Saya Setuju" dan permohonan anda akan diproses

6. Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah disemak oleh penilai mySalam. Anda boleh menyemak status tuntutan dengan hanya klik pada "Status Tuntutan"

Wang tuntutan akan dikreditkan secara terus ke akaun bank anda dalam tempoh 10 hari waktu bekerja dan anda akan dimaklumkan melalui SMS.

Sila layari https://www.mysalam.com.my/b40/info/ untuk maklumat terkini mengenai mySalam

www.mysalam.com.my
mySalam Skim Perlindungan Masyarakat
Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin.

#MySalam #Covi19 #KitaJagaKita

(Sumber:https://www.facebook.com/japenselangor1)


 

 

18.5.2020-6

Jika anda mula merancang untuk pulang ke kampung dengan pelbagai helah, mohon hentikan rancangan tersebut.Kepulangan anda ke kampung halaman mungkin permulaan satu tragedi.

#Covid19 #StaySafe

(Sumber:https://www.facebook.com/publichealthmalaysia)


 

5.-17mei

Sebanyak 17 kes baharu telah dilaporkan, di mana 5 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes hari ini, hanya 6 kes import telah dilaporkan.

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang

(Sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/ )

6.-17mei

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang

(Sumber: https://www.facebook.com/myhealthkkm/ )

3.-17mei

Program ziarah sedara mara juga tidak lagi dilakukan kerana ianya bukan lagi norma. Beritahu siap-siap sedara mara agar semuanya memahami. Walaupun SOP MKN menetapkan 20 orang sehari, mencegah lebih baik dari mengubati. Jika anda tinggal berjauhan dari keluarga, terus tinggal di sana dan setiasa tabah dan cekal dalam beraya berjauhan dari keluarga tercinta. Anggaplah ianya pengorbanan yang besar untuk ibu ayah tercinta. InsyaAllah, kita akan dapat bertemu untuk beraya seperti sebelum ini pada tahun depan.

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang

(Sumber: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/)