3.-17mei

Amalkan normal kehidupan yang baharu sebagai langkah berjaga-jaga dalam usaha untuk terus menghalang penularan COVID-19.

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang

(Sumber: https://www.facebook.com/penerangan/)

2.-17mei

Antara ciri ciri unik jangkitan Covid-19 yang menyebabkan ia lebih mudah merebak adalah kerana ia menyebabkan sesetengah individu TIDAK mempunyai sebarang gejala walaupun telah dijangkiti. Individu ini mempunyai viral load (bilangan dan kandungan virus) yang sama seperti individu yang bergejala dan mempunyai kapasiti yang sama untuk menyebabkan jangkitan. 

Satu satunya cara untuk mengetahui status jangkitan adalah dengan menjalani ujian saringan Covid. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ujian hanya dilakukan pada golongan sasar yang mempunyai potensi jangkitan. Cara yang ada untuk mencegah penularan jangkitan dari individu yang tidak bergejala adalah dengan terus mengamalkan penjarakan sosial dan mengelakkan tempat yang padat/ sesak

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang

(Sumber: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/)

15.5.2020-3

Kementerian Dalam Negeri tidak beragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasa dengan menggunakan segala peruntukan perundangan sedia ada seperti kanun keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 termasuk Akta hasutan 1948.

(Sumber: https://t.me/kkmmchannel)


 

1.-17mei

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang

(Sumber: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/)

15.5.2020-2

Lihat dan teliti graf pemodelan dan ramalan COVID-19 oleh KKM ini. Garis hitam adalah kes harian sebenar.

1. Graf dan garis biru menunjukkan unjuran pencapaian baik negara dalam usaha kita bersama-sama menurunkan jumlah kes COVID-19 semasa PKP 1 hingga 4 dan 10 hari PKPB. (Kebolehjangkitan atau nilai “R naught” telah menurun daripada 3.5 kepada 0.3.)

2. Kini pilihan di tangan kita semua. Sekiranya majikan, pekerja, peniaga, ahli keluarga dan masyarakat umum patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang diberi KKM, garisan biru ini akan terus menurun. Begitu juga dengan kes COVID-19.

3. Namun jika rakyat leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sosial untuk sama-sama membanteras COVID-19, graf dan garis merah menunjukan ramalan yang bakal berlaku. (Nilai R akan naik semula ke 1.6). Jumlah kes akan mula meningkat secara mendadak dan kita akan dilanda gelombang wabak COVID-19 yang baharu.

(Sumber:https://t.me/MKNRasmi)