8.-24april

Keseluruhan kes positif ialah 5,691 kes dengan 64.36.% telah sembuh bersamaan 3,663 pesakit dan 1.69% atau 96 kematian. 

#COVID19 #kitajagakita #PerintahKawalanPergerakan #KitaPastiMenang

( sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/ )

 

7.-24april

53 000 pelajar IPT akan mula dihantar secara berperingkat ke kampung masing masing bermula 27.4.2020. Pelajar pelajar ini telah dikuarantin selama sebulan di asrama dan dianggap bebas covid 19. Semoga selepas pulang , walaupun rindu kepada ibu bapa , mereka perlu mengurangkan sentuhan seperti bersalam dan berpelukan. Mana mana pelajar yang BERGEJALA sila jujur dan dapatkan pemeriksaan sebelum pulang untuk mencegah kluster IPT.

#COVID19 #kitajagakita #PerintahKawalanPergerakan #KitaPastiMenang

( sumber: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/ )

 

5.-24april

Sebanyak 88 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 5,691 kes. 121 kes telah pulih menjadikan 3,663 pesakit telah pulih dan discaj. 1 kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 96 kes. 
Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03-88882010.

#COVID19 #kitajagakita #PerintahKawalanPergerakan #KitaPastiMenang

( sumber: https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/ )

 

4.-24april

Hati-hati dengan penipuan cara terbaharu melalui whatsapp, web dan aplikasi palsu. Jangan sampai kita menjadi mangsa.

#DudukRumah #EtikaMediaSosial  #KlikDenganBijak 

(Sumber:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)