Untuk makluman Talian Hotline COVID-19 yang dikendalikan oleh Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan mula beroperasi 24 jam.
Terima kasih kerana berada di rumah.
Our CPRC Kebangsaan is operating 24/7.
...See moreUntuk makluman Talian Hotline COVID-19 yang dikendalikan oleh Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan mula beroperasi 24 jam.
Terima kasih kerana berada di rumah.
Our CPRC Kebangsaan is operating 24/7.
...See moreDukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 24 orang setakat ini.
Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.
Beliau...
See more11 daerah zon merah penularan jangkitan #COVID19 yang melebihi 41 kes.
Anda yang berada di daerah-daerah ini perlu meningkatkan lagi langkah-langkah percegahan.
Ingat, duduk di rumah dapat memutuskan rantaian COVID19. Duduk di rumah demi kebaikan diri anda sendiri. Duduk di rumah demi kesihatan ibu, ayah, anak-anak kecil mahupun datuk dan nenek kita.
YB Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali telah mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini hari ini.
Ketibaan beliau di HTJ telah disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, Dr. Mohd Faid Abd Rashid.
Datuk Dr. Noor Azmi seterusnya mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah HTJ, Dr. Muhammad Zamri Harun di Bilik Gerakan, HTJ.
...See moreIkuti kupasan mengenai penularan penyakit #COVID19 oleh pakar perubatan keluarga KKM menerusi FB LIVE KKM jam 10 pagi ini, 27 Mac 2020.
Anda boleh bertanyakan soalan berkaitan #COVID19 kepada ahli panel.
YB Dato’ Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima sumbangan topeng muka dari Syarikat Titijaya Land Berhad sebanyak 10,000 keping. Beliau juga turut menerima sumbangan dari syarikat Crealogy Sdn Bhd yang menyumbangkan 3,000 kit bagi menjalankan ujian Covid-19.
Terima kasih KKM ucapkan kepada kedua-dua badan korporat ini yang sudi memberi sumbangan.
Perintah Kawalan Pergerakan kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Jaga diri anda dan keluarga, kekal tenang dan duduk di rumah.Bersama-sama kita putuskan rangkaian penularan COVID-19.