Tarikh | 8 Mei 2021,Ahad |
Masa | 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Untuk mengajar peserta cara edit kad raya dengan menggunakan aplikasi dalam talian dan dapat mencungkil bakat kreativiti peserta ahli pusat internet
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran dan kelebihan mempelajari cara mengedit atas talian dan penerangan cara menggunakan aplikasi canva.com.Petugas meminta peserta untuk membuat latihan mengedit kad raya mengikut kreativiti masing-masing
Tarikh | 24 April 2021,Sabtu |
Masa | 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 10 Peserta |
Tujuan
Majlis penyampaian hadiah pertandingan video kreatif pusat internet komuniti 2021 dilakukan bertujuan untuk meraikan kemenangan ahli pusat internet yang menyertai pertandingan ini.
Aktiviti
Petugas memberi sedikit taklimat mengenai pusat internet dan membuat advokasi iaitu penerangan mengenai oversharing.Selepas itu petugas memberi hadiah kepada pemenang. Majlis ini dilakukan mengikut Sop yang ditetapkan.
Tarikh | 8 April 2021,Khamis |
Masa | 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 2 Peserta |
Tujuan
Untuk membantu peserta menguruskan akaun jualan produk didalam aplikasi shopee.
Aktiviti
Petugas menerangkan tentang aplikasi shoppe kepada peserta dan meminta peserta untuk memasuki dan mendaftar akaun shopee.Petugas menerangkan cara penggunaan serta mempromosikan produk ke dalam shopee.Petugas membantu peserta sehingga ke pengeposan produk dan pembayaran dari pelanggan ke penjual.
Tarikh | 16 April 2021,Jumaat |
Masa | 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 10 Peserta |
Tujuan
Aktiviti dan latihan bersama pelajar Tabika Seri Pantai, Kampung Baru Nelayan dilakukan untuk memberi pandangan kepada pelajar untuk mengenali Pusat Internet dan mengajar pelajar mengenali perkakasan komputer serta cara penggunaan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan kepada pelajar dengan memberi tayangan video tentang mengenali kenderaan serta memberi pembelajaran didalam internet iaitu "dot & dot" , untuk memberi fahaman pelajar.Selepas itu, pelajar diperkenalkan dengan perkakasan komputer. Petugas memberi latihan mouse skill kepada pelajar dengan membuat permainan pendidikan "dot to dot supercoloring" untuk memberi kemahiran mengunakan mouse.
Tarikh | 11 April 2021,Sabtu |
Masa | 2.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 2 Peserta |
Tujuan
Pembelajaran asas teknologi maklumat dan komunikasi ini adalah untuk membantu peserta cara mendaftar emel untuk urusan rasmi seperti keperluan emel dalam berniaga dan membantu peserta kepentingan mempunyai emel dalam urusan rasmi dan tidak rasmi
Aktiviti
Petugas menerangkan kepentingan mempunyai emel dalam urusan rasmi dan perniagaan dan peserta mengisi maklumat pendaftaran emel dengan tunjuk ajar daripada petugas dengan mengajar cara menguruskan dan menggunakan emel dengan betul.