Tarikh | 2 March 2021, Khamis |
Masa | 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 1 Peserta |
Tujuan
E-pembelajaran microsoft word iaitu membuat resume dan penggunaan email ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta untuk membina ayat serta isi penting yang perlu ada dalam resume untuk memohon pekerjaan. Selain itu, peserta dibantu dengan cara penggunaan email untuk menghantar permohonan kerja melalui didalam talian.
Aktiviti
Peserta diberi contoh resume yang hebat yang mempunyai isi yang padat.Petugas membantu peserta dengan memberi idea untuk menulis kelebihan didalam resume serta cara menaip ayat permohonan kerja didalam email dan cara menghantarnya.
Tarikh | 9 Februari 2021, Ahad |
Masa | 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 1 Peserta |
Tujuan
Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.
Aktiviti
Peserta memasuki laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mendaftar permohonan bantuan prihatin rakyat dengan bantuan petugas.Peserta dikehendaki memasuki nombor kad pengenalan serta kata keselamatan untuk memudahkan urusan permohonan.
Tarikh | 24 Januari 2020, Ahad |
Masa | 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 15 Peserta |
Tujuan
Untuk memberi latihan asas pembangunan laman web kepada peserta serta dapat meningkatkan promosi Pusat Internet di kalangan komuniti.Selain itu dapat membantu peserta dalam membuat posting di laman web untuk mempromosikan tempat menarik di daerah Sabak Bernam.
Aktiviti
Penerangan mengenai tajuk dan tujuan pembelajaran laman web wordpress serta penerangan cara membuat posting baru dan cara tetapan yang perlu dilakukan.Petugas memberi penerangan mengenai format yang perlu dipatuhi dalam menghasilkan laman web yang menarik dan sesi soal jawab untuk meningkatkan kefahaman peserta.
Tarikh | 7 Februari 2021, Ahad |
Masa | 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 1 Peserta |
Tujuan
Seminar gempur SPM 2021 ini diadakan secara atas talian melalui zoom.my.Seminar ini dilakukan bertujuan untuk membantu serta memberi tips kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia pada tahun 2021 ini.
Aktiviti
Kehadiran pelajar yang menyertai seminar gempur spm 2021 ini.Peserta mendaftar diri dalam talian melalui zoom.my dan mendengar tips yang diberi dari guru anis.
Tarikh | 22 Januari 2020, Ahad |
Masa | 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 24 Peserta |
Tujuan
Annual Grand Meeting PI Kluster Sabak Bernam 2021 (online) ini dilakukan bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa kluster yang baru pada tahun 2021 dan perbincangan mengenai perancangan aktiviti dan program advokasi suruhanjaya komunikasi multimedia malaysia SKMM.
Aktiviti
Ketua kluster memberi kata aluan kepada peserta dan memulakan perbincangan mengenai perancangan aktiviti dan program advokasi pada tahun 2021.