Tarikh   20 Oktober 2023, Jumaat
 Masa   5 Petang - 6 Petang
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  4 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta cara bercakap di hadapan orang serta menerapkan keberanian dalam bercakap. Kemudian untuk mengajar peserta cara bercakap dengan menggunakan fakta dan dengan bahasa yang sopan.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir dan menerangkan ciri-ciri pengucapan awam yang baik dan perkara yang perlu dielakkan ketika bercakap di hadapan. Kemudian, petugas memberi tugasan kepada peserta mengikut tajuk seperti yang diberi. Seterusnya, peserta membentangkan tajuk yang diberi dengan membuat pengucapan awam dengan tunjuk ajar daripada petugas.


Gambar Disini

 


 

 Tarikh   17 Oktober 2023, Selasa
 Masa   4 Petang - 5 Petang
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  7 Peserta

 

Tujuan

Pembelajaran ini bertujuan untuk memberi pembelajaran mengenai konsep asas internet of thing serta untuk mendedahkan kelebihan dan kebaikan IOT kepada pelbagai sektor ekonomi.

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir serta menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Internet of Thing (IOT). Kemudian, petugas menerangkan kepentingan pembelajaran mengenai teknologi Internet Of things (IOT) dan membuat perbincangan soalan dan jawapan bersama-sama peserta.


Gambar Disini

 


 

 Tarikh   13 Oktober 2023, Jumaat
 Masa   3 petang - 4 petang 
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  8 Peserta

 

Tujuan

Tujuan pembelajaran ini untuk memberi pembelajaran pendidikan matematik kepada peserta sekolah rendah dan memantapkan pengetahuan peserta mengenai kira-kira. Kemudian untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan pembelajaran atas talian yang akan menarik minat peserta dalam proses pembelajarannya

 

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Seterusnya, petugas memberi latihan matematik sekolah rendah kepada peserta dengan tunjuk ajar petugas dan membuat kuiz matematik menggunakan permainan pendidikan atas talian untuk menguji pemahaman peserta sekaligus dapat membuat latihan dengan cara yang lebih efektif. 

 

Gambar disini

 


 

 Tarikh   13 Oktober 2023, Jumaat
 Masa   4 Petang - 5 Petang
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  4 Peserta

 

Tujuan

Pembelajaran ini bertujuan untuk mengajar peserta cara membuat, mengemaskini dan menyimpan sesuatu dokumen dan memberi pembelajaran mengenai asas kemahiran menggunakan Microsoft Word. Seterusnya, untuk meningkatkan kemahiran ict peserta.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir serta menunjukkan dan mengajar cara menggunakan Microsoft word. Seterusnya, Peserta membuat tugasan yang diberikan dengan tunjuk ajar daripada petugas.

 

Gambar Disini

 


 

 Tarikh   7 Oktober 2023, Sabtu
 Masa   10 pagi - 11 pagi
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  5 Peserta

 

Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan untuk memperkenalkan pendidikan STEM kepada peserta sebagai persediaan menghadapi cabaran di masa hadapan serta memberi pembelajaran tentang proses shade illusion terbentuk serta cara ia berfungsi.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Kemudian, menerangkan proses shade illusion terbentuk dengan bantuan video. Seterusnya petugas mengadakan sesi soal jawab bersama peserta dan mengadakan kuiz untuk menguji pemahaman peserta tentang topik yang dipelajari.

 

Gambar disini