Tarikh   6 Oktober 2023, Jumaat
 Masa   9 pagi - 12 Tengahari
 Lokasi  Sek Keb Parit 9, Sekinchan
 Peserta  90 Peserta

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan PEDi kepada warga pendidik dan pelajar sekolah. Seterusnya, memberi kesedaran cara menggunakan internet dan teknologi ke arah kebaikan. Kemudian, memberi kesedaran klik dengan bijak kepada warga pendidikan dan pelajar sekolah. 
 

Aktiviti

1. Sesi taklimat mengenai pengenalan Pusat Ekonomi Digital seperti peranan, perkhidmatan dan kelas yang ada di PEDi. 

2. Seterusnya, taklimat dan penerangan mengenai pengenalan asas komputer kepada pelajar sekolah.

3. Kemudian, penerangan dan taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) yang menyentuh topik, online gaming, buli siber, oversharing dan cyber grooming

4. Sesi quiz juga diadakan bagi menguji pemahaman peserta mengenai topik yang disampaikan 

 

 

Gambar disini

 

 


 

 Tarikh   1 Oktober 2023, Ahad
 Masa   10 pagi - 11 pagi
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  5 Peserta

 

Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai perkakasan komputer serta fungsinya. Kemudian, memberi pendedahan dan pembelajaran kepada peserta tentang asas komputer yang boleh meningkatkan kemahiran ICT peserta. 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang asas komputer dan perkakasan komputer serta fungsinya. Kemudian, petugas membuat sesi soal jawab bersama peserta dan mengadakan kuiz untuk menguji pemahaman peserta. 

 

Gambar disini


 Tarikh   13 September 2023, Rabu
 Masa   3 Petang - 4 petang
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  5 Peserta

 

Tujuan

Kelas ict ini bertujuan untuk mengajar peserta cara mengedit julat, mengemaskini dokumen serta menyimpan dokumen. Kemudian, memberi pembelajaran mengenai asas kemahiran microsoft excel sekaligus meningkatkan kemahiran ICT peserta.

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Kemudian, petugas menerangkan setiap ikon dan fungsi yang terdapat di dalam microsoft word serta menunjukkan cara menggunakan microsoft excel dengan mudah. Peserta juga membuat tugasan yang diberikan dengan tunjuk ajar oleh petugas.

 

 Gambar disini

 


 

 Tarikh   16 September 2023, Sabtu
 Masa   9 pagi - 11 pagi
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  35 Peserta

 

Tujuan

Pertandingan kuiz kemerdekaan ini dianjurkan untuk menguji peserta dan meningkatkan pengetahuan dalam mata pelajaran sejarah mengenai sejarah kemerdekaan serta untuk lebih mengenali dan menghargai kemerdekaan yang dinikmati hasil perjuangan tokoh sejarah.

 

Aktiviti

Peserta menjawab kuiz kemerdekaan yang disediakan petugas. 

 

Gambar disini


 

 Tarikh   10 September 2023, Sabtu
 Masa   4 Petang - 5 Petang
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  5 Peserta

 

Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pembelajaran kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan teknologi 

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Petugas menerangkan kebaikan dan keburukan teknologi kepada untuk manusia. Kemudian, petugas mengadakan sesi soal jawab bersama peserta dan membuat kuiz bagi menguji pemahaman peserta tentang topic yang dipelajari.

 

Gambar Disini