Tarikh   8 Julai 2023, Sabtu
 Masa   3 Petang - 4 Petang
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  5 Peserta

 

Tujuan

Tujuan pembelajaran ini untuk memperkenalkan pembelajaran Internet of Thing (IOT) kepada generasi kini. Kemudian ia jugak bertujuan memberi pembelajaran dan pendedahan tentang kepentingan IOT dalam kehidupan masa kini.

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir serta menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Internet Of Thing (IOT). Kemudian, membuat perbincangan soalan dan jawapan bersama - sama peserta.

 

Gambar disini

 

 


 

 Tarikh   5 Julai 2023, Isnin
 Masa   10 Pagi - 11 Pagi
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  15 Peserta

 

Tujuan

Kelas basic ICT ini bertujuan untuk mengajar peserta mengenai asas pengenalan komputer dan mengajar peserta etika dalam menggunakan komputer serta mendidik peserta supaya menjadi pengguna komputer dan internet yang bijak.

Aktiviti

Petugas melakukan aktiviti seperti memberi taklimat dan penerangan mengenai asas pengenalan komputer. Petugas menerangkan etika penggunaan komputer kepada peserta. Kemudian, petugas mengadakan kuiz melalui permainan pendidikan atas talian serta sesi soal jawab bersama peserta untuk mengetahui tahap pemahaman peserta.

 

Gambar disini


 

 Tarikh   19 Jun 2023, Isnin
 Masa   10 Pagi - 12 Tengahari
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  1 Peserta

 

Tujuan

Pembelajaran ini bertujuan untuk mengajar peserta cara membuat dokumen, mengemaskini dokumen serta menyimpan dokumen. Kemudian, memberi pembelajaran mengenai asas kemahiran microsoft word sekaligus meningkatkan kemahiran ICT peserta.

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Kemudian, petugas menerangkan setiap ikon dan fungsi yang terdapat di dalam microsoft word serta menunjukkan cara menggunakan microsoft word dengan mudah. Peserta juga membuat tugasan yang diberikan dengan tunjuk ajar oleh petugas.

 

 Gambar disini

 


 

 Tarikh   2 Julai 2023, Sabtu
 Masa   3 Petang - 4 Petang
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  6 Peserta

 

Tujuan

Kelas soft skill iaitu kemahiran berkomunikasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam berkomunikasi bagi meningkatkan keyakinan diri apabila berkomunikasi dikhalayak ramai. Jadi, petugas membuat aktiviti pembentangan bagi memupuk kemahiran komunikasi yang baik dan berkeyakinan.

Aktiviti

Petugas menerangkan kepentingan dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Kemudian, petugas melakukan aktiviti pembentangan untuk melatih peserta dalam berkomunikasi dengan baik iaitu peserta perlu membuat pembentangan dengan menceritakan tentang latar belakang seperti nama, kemahiran dan pencapaian idola mereka.

 

 Gambar disini

 


 

 Tarikh   11 Jun 2023, Ahad
 Masa   3 Petang - 4 Petang
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan 
 Peserta  8 Peserta

 

Tujuan

Tujuan pembelajaran ini untuk memberi pembelajaran mengenai topik system dinamik kepada peserta yang hadir ke program dan memberi pendedahan mengenai ilmu kejuruteraan kepada golongan muda

 

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir dan maksudkan sistem dinamik beserta prosesnya. Kemudian, petugas memberi tugasan dalam talian untuk peserta lebih memahami konsep sistem dinamik serta mengadakan sesi soal jawab untuk menguji kefahaman peserta mengenai tajuk pembelajaran

Gambar disini