PEDi Kg Baru Nelayan bersama MPKK Sungai Besar / Sg Lias menganjurkan pertandingan fotografi yang bertemakan 'WARNA - WARNI KG BARU NELAYAN'. Program ini bertujuan untuk mengasah bakat anak-anak muda dalam kemahiran fotografi. Program ini juga bertujuan untuk menyemai rasa cinta akan kampung halaman disamping sebagai daya tarikan tempat menarik di Sungai Besar. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di Facebook Pusat Ekonomi Digital Kg Baru Nelayan.
Sumber : Facebook Page PEDi Kg Baru Nelayan
http://kgbarunelayan.naditm.my/index.php/warga-pi1m1/komuniti?start=30#sigFreeId73875c775b
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di PEDi Kg Baru Nelayan telah berlangsung selama 9 hari bermula 2 Januari 2024 sehingga 10 Januari 2024 lepas. Tahniah diucapkan kepada komuniti sekitar Kampung Baru Nelayan dan Sungai Besar kerana telah berjaya mendaftar PADU.