28072023

Program Rancak Ngopi ☕️
#Arus Merah Kuning
 
Anjuran bersama GPMS Selangor, Majlis Belia Negeri Selangor, PEMADAM Negeri Selangor dengan kerjasama strategik Menteri Besar Incorporated(MBI), PENAWAR PEMADAM Kebangsaan, Arombay, iEmbody.me & Creative Seven Legacy dan Coffee.Dut.
 
Terdapat pelbagai aktiviti menarik, seperti : -
 
  • - Pameran dari PEMADAM Negeri Selangor
  • - Pertandingan mewarna
  • - Pertandingan menulis kaligrafi islam (KHAT)
  • - Pertandingan kolaj keluarga bebas D.A.R.V.I.H
  • - Terdapat juga jualan keusahawanan, dan 
  • - Persembahan artis jemputan

 

Lokasi : Dataran Tonggak 10, Sungai Besar

 

Sumber : I LOVE SUNGAI BESAR

 

 


 

 

WhatsApp-Image-2023-07-14-at-9.43.05-AM

 

JADUAL PROGRAM MINYAK MASAK TERPAKAI DAERAH SABAK BERNAM 2023

  • Setiap kilogram minyak masak terpakai yang ada di rumah anda boleh menjadi sumber pendapatan anda setiap bulan. Jadi marilah tukar minyak masak terpakai kepada wang tunai!!
  • Pihak MDSB mengalu-alukan kedatangan anda. Jumpa anda pada masa, tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan (rujuk poster)

RM 2.20 / KILOGRAM

  • Tambahan RM 5 bagi yang menghantar melebihi 5 kilogram dan RM10 bagi yang hantar melebihi 10 kilogram.

 

Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam 

 


 

350786262 1977534825933860 1606396307023405300 n

 

𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍‼️ 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐏𝐔𝐀𝐍
 
  • Pinjaman tidak wujud
  • Penipuan gores dan menang
  • Scam panggilan telefon
  • Scam e-dagang
  • Scam SMS
  • Love scam
  • Penipuan wasiat
  • Parcel scam
  • Produk pelaburan tidak sah

Jangan terlalu teruja - jika ganjarannya terlalu lumayan, kemungkinan besar itu adalah scam

Jangan panik - sentiasa rujuk saluran rasmi apabila membabitkan urusan maklumat peribadi

 

Sumber : Kementerian Komunikasi Dan Multimedia

 

 

 

 

 

352809452 584969260481390 2553149790733299984 n

 

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : Status Kelulusan Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 boleh Disemak Mulai 26 Jun 2023.

Boleh semak diportal : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 


 

 

344732995 1271183370215476 7267283498875876715 n

 

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Sabak Bernam.
Bila tu? Di mana?
🗓️ 12 Mei 2023 (Jumaat)
🕔 8.00 mlm - 11.00 mlm
📍Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam
 
12 Mei, bermula jam 8:30 akan diadakan beberapa pertandingan. Semua dipelawa menyertai kerana hadiah wang tunai menanti anda. 
- Pertandingan hias dan gubah pulut kuning.
- Pertandingan ikat sampin
- Pertandingan anyam ketupat
- Pertandingan karaoke lagu raya
Penyertaan pertandingan masih dibuka
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Puan Suhada 0192899868
 
Pada sebelah malam, anda boleh menikmati juadah hari raya daripada 37 gerai yang antaranya sediakan sate, pelbagai bubur, kambing bakar, lemang, rendang, pelbagai sup, air balang, air panas dan sejuk, kuih muih tradisional dan banyak lagi.
 
Untuk anak - anak turut disediakan soopa doopa supaya lebih meriah.
 
Ada artis juga seperti :
-Lan Solo
-Ezad azim
-Buskers undangan
- Suhaimi (Bintang P..Ramlee)
Lagi best, ada cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah. Hadiah utama motosikal honda, ada tv, barang elektrik dan banyak lagi.
 
Ada satu lagi yang best pada malam. Apa tu?
Pameran variasi motosikal (berkuasa tinggi dan retro) Jom peminat motosikal. Jangan lupa hadir!!
 
Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin.
Semoga kehadiran semua menambahkan kemeriahan dan memberikan lebih erti buat majlis nanti.
Jumpa 12 Mei 2023!!