Rumah Warisan yang terletak di belakang Muzium Pertanian dan Perikanan Sabak Bernam merupakan replika sebuah rumah Melayu tradisional. Pameran di dalamnya menceritakan mengenai sejarah dan asal usul daerah Sabak Bernam serta maklumat lain berkaitan Sabak Bernam seperti tokoh-tokoh terkemuka, sekolah-sekolah lama dan hasil jumpaan ekskavasi di sekitar Sabak Bernam. Pengisian dan pameran koleksi di dalam Rumah Warisan ini membawa pengunjung untuk menghayati suasana dan senibina rumah Melayu tradisional suatu ketika dahulu.

Alamat : Muzium Pertanian & Perikanan Sabak Bernam, Jalan Pasar, 45200 Sabak Bernam, Selangor.

Nombor Telefon : 03-3216 5586, 03-3216 1225

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Web : www.padat.gov.my

Facebook : Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor / Muzium Daerah Sabak Bernam

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari ( 09.00 Pagi Sehingga 5.30 Petang )

 

Sumber : Portal NADI Taman SB Perdana