IMG20190809103016

 

 Tarikh              9 Ogos 2019 ( Jumaat )
 Masa    9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   7 Peserta

 

Tujuan

Bengkel microsoft word .v2016 ini dilakukan bersama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK ) bertajuk laporan program. Ia dilakukan bertujuan untuk membantu Tok Sidang mengetahui cara membuat laporan program tanpa bantuan setiausaha masing-masing. Selain itu juga dapat dengan adanya bengkel ini, dapat memberi latihan pengukuhan kepada Tok Sidang kita untuk mahir mengunakan komputer.

Aktiviti 

Petugas memberi penerangan tentang latihan yang kita akan dilakukan, membuat ulangkaji tentang pelajaran yang lepas.Petugas juga menyediakan modul pembelajaran kepada peserta yang hadir. Petugas menunjukkan cara membuat laporan serta diikuti dengan pserta di komputer sendiri.

Gambar Disini

 

 

3

 

 Tarikh              4 Ogos 2019 ( Ahad )
 Masa    2.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   10 Peserta

 

Tujuan

Kelas Paint 3D ini dilakukan bertujuan untuk peserta tahu tentang kelebihan windows 10 yang mempunyai aplikasi 3d paint.Selain itu, peserta juga dapat menunjukkan kelebihan kreatif mereka didalam paint 3d ini juga. Dengan ini , dapatlah melahirkan peserta yang berfikiran kreatif dan inovasi.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan paint 3d dan cara mengunakkannya.Petugas membuat demonstrasi menggunakan slide dan video untuk dipertunjukkan kepada peserta.Untuk memberi fahaman peserta , petugas meminta untuk peserta membuat latihan paint 3d di komputer masing-masing.

Gambar Disini

 


 

 

 

 

IMG20190727145603

 

 Tarikh              26 Julai 2019 ( Jumaat )
 Masa    2.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   4 Peserta

 

Tujuan

Kelas asas teknologi maklumat dan komunikasi ini bertajuk pengenalan komputer yang dihadiri berberapa orang ahli pusat internet. Kelas ini dilakukan bertujuan supaya peserta dapat mempelajari setiap komponen yang terdapat pada setiap komputer yang berada di Pusat Internet Kg Baru Nelayan.Selain itu juga , peserta dapat mengetahui dan melihat pengedaran komponen komputer mengikut zaman

Aktiviti 

Peserta diperkenalkan tentang topik yang akan dipelajari dan petugas menerangkan melalui "slide presentation" kepada peserta menerangkan tentang setiap fungsi komponen komputer yang sering digunakan. Selain itu, petugas juga membuat soal jawab dengan peserta dengan apa yg mereka melihat di "slide presentation" tersebut. Petugas memberi latihan "Word Search" kepada peserta berkaitan apa yang dipelajari yang berkaitan dengan komponen Komputer.

Gambar Disini

 

IMG20190727162729

 

 Tarikh              28 Julai 2019 ( Ahad )
 Masa    2.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   1 Peserta

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan ini dilakukan bertujuan membantu peniaga yang ada untuk mempromosikan khidmat atau barang jualan mereka kepada orang ramai ataupun komuniti setempat. Dengan adanya latihan usahawan ini juga dapat meningkatkan taraf pendapatan komuniti setempat.

Aktiviti 

Memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan , petugas membuat soal jawab bersama Puan Norizan , latar belakang serta bilanya minat membuat henna perkahwinan ini. Selain itu juga , Puan Norizan membuat demonstrasi kepada petugas mengenai henna.

Gambar Disini

 

 

IMG 20190721 153130

 

 Tarikh              21 Julai 2019 ( Ahad )
 Masa    2.30 Petang - 4.15 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   7 Peserta

 

Tujuan

Tujuan latihan dan kelas e-pembelajaran ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kegunaan "google translate" serta kelebihan yang ada pada pembelajaran ini. Selain itu juga peserta juga dapat memanfaatkan "google translate" ini semasa disekolah mahupun kehidupan harian mereka. "Google Translate" ini juga membantu mereka dari segi pembelajaran untuk mencari maksud di dalam bahasa lain.

Aktiviti 

Dalam e-pembelajaran "google translate" ini , peserta diminta oleh petugas untuk membuat perkataan yang mereka ingin mengetahui di dalam berlainan bahasa seperti bahasa jepun , english atau korea. selain itu, mereka juga boleh mendengarkan sebutan perkataan dari "google translate" itu juga

Gambar Disini