Tarikh | 17 March 2019 ( Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 6 Peserta |
Tujuan.
Tujuan aktiviti ini dilakukan untuk memberi penerangan tentang pengenalan internet kepada peserta dengan lebih lanjut mengenai aplikasi internet yang sering digunakan pada masa kini.Selain itu juga , peserta diterangkan mengenai perbezaan kegunaan aplikasi serta fungsinya.
Aktiviti.
Petugas memberi penerangan internet kepada peserta dan memberi contoh gambaran tentang aplikasi internet yang sering digunakan pada masa kini.selain itu juga , petugas membuat soal jawab bersama peserta untuk mendapatkan fahaman peserta tentang apa yang diterangkan oleh petugas.
Tarikh | 02 March 2019 ( Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas dan latihan tuisyen matematik ini dilakukan untuk membantu peserta menjawab soalan matematik dengan mudah dan senang. Selain itu juga, ia dapat membantu memberi fahaman kepada peserta mengenai teknik cara menjawab soalan matematik.
Aktiviti
Aktiviti dilakukan dengan memberi penerangan mengenai topik dan menunjukkan soalan latihan kepada peserta, petugas meminta beberapa peserta untuk menjawab soalan latihan dengan cara tersendiri. Selepas itu, petugas memberi teknik menjawab dengan mudah dan memberi fahaman kepada peserta , agar ia lebih jelas dan mudah difahami.
Tarikh | 17 Februari 2019 ( Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menaikkan nama produk tempatan supaya lebih dikenali ramai dan dapat membantu usahawan tempatan menjana pendapatan sampingan dengan memberi pendedahan ilmu perniagaan yang tengah trending pada masa kini. Ia juga membantu usahawan untuk memasarkan produk tempatan
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang aplikasi dashboard komuniti beserta fungsi-fungsinya, menerangkan kategori dashboard yang ada, dan menunjukkan cara meletakkan produk ke dalam MyShop.
Tarikh | 26 Februari 2019 ( Selasa ) |
Masa | 9.00 Pagi - 1.00 Tengahhari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dilakukan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara penggunaan Ms.Excel dgn formula yang betul dan dapat memudahkan segala kerja yang dilakukan oleh peserta.
Aktiviti
Sebelum mulakan aktiviti, petugas memberi taklimat dashboard komuniti kepada peserta. Selepas selesai taklimat dashboard. Petugas memberi penerangan tentang Ms.Excel kepada peserta dengan menunjukkan slide power point dengan memberi sedikit tips formula dalam pengiraan Ms.Excel. Petugas juga memberi soalan latihan kepada peserta untuk membantu fahaman didalam penggunaan Ms.Excel.
Tarikh | 16 Februari 2019 ( Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas dan latihan multimedia ini dilakukan untuk mengajar peserta cara membuat kad jemputan dengan menggunakan aplikasi yang mudah dipelajari dan dapat memupuk kreativiti komuniti. Selain itu juga, kelas ini dapat mengasah kemahiran dan bakat yang ada di dalam kelompok komuniti sekitar Pusat Internet.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang membuat design kad jemputan untuk sesuatu majlis dengan hanya menggunakan software yang mudah berbanding software sebenarnya untuk membuat design kad kahwin. Sebelum memulakan design , petugas mengajar cara tetapkan saiz didalam publisher untuk mendapatkan saiz kad jemputan yang betul. Peserta diberikan masa untuk menyiapkan design kad jemputan mengikut kreativiti mereka sendiri.