Tarikh | 21 September 2019 ( Sabtu ) |
Masa | 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 6 Peserta |
Tujuan
Kelas multimedia sunting imej ini dilakukan bertujuan untuk mencungkil bakat peserta iaitu ahli Pusat Internet. Selain itu juga, ia dapat membantu peserta untuk mengeluarkan idea-idea yang ada pada peserta tersebut.
Aktiviti
Petugas menerangkan pelajaran yang akan dipelajari dan memberi gambaran tentang apa yang dipelajari.Petugas meminta peserta untuk melakukan latihan untuk mendapat fahaman mereka. Latihan suntingan gambar tentang bendera Malaysia.
Tarikh | 12 September 2019 ( Khamis ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 6 Peserta |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dilakukan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara penggunaan Ms.Excel dgn formula yang betul dan dapat memudahkan segala kerja pengiraan yang dilakukan oleh cikgu sekolah ini.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang Ms.Excel kepada peserta dengan menunjukkan slide power point dengan memberi sedikit tips formula dalam pengiraan Ms.Excel. Petugas juga memberi soalan latihan kepada peserta untuk membantu fahaman didalam penggunaan Ms.Excel.
Tarikh | 18 Ogos 2019 ( Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Bengkel kedai didalam talian iaitu shopee ini dilakukan bertujuan untuk memberi gambaran kepada peserta untuk membeli atau menjual produk didalam talian.Selain itu juga, bengkel E-dagang kedai didalam talian ini juga dapat membantu peserta untuk menilai barangan yang bakal dibeli itu elok ke atau tidak dan peserta juga dapat belajar untuk supaya tidak ditipu oleh peniaga.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan tentang Aplikasi Shopee ini.Petugas meminta peserta untuk mendaftar didalam aplikasi shopee untuk memudahkan urusan jual beli didalam talian.Peserta memilih barang yang hendak dibeli dan petugas menerangkan kepada peserta perlu membaca teliti dan melihat barang yang hendak dibelil
Tarikh | 05 September 2019 ( Khamis ) |
Masa | 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 3 Peserta |
Tujuan
Bengkel Microsoft Office Power Point ini dilakukan bertujuan untuk memperkenalkan slide Microsoft Office Power Point versi 2016 kepada pembantu makmal sekolah Samtaj kerana aplikasi ini lebih mudah , kemas dan mempunyai kepelbagaian dari powerpoint versi lain. Selain itu, dengan pembelajaran ini , pembantu makmal akan dapat membentangkan slide dengan lebih kemas dan cantik untuk ditunjukkan maka ia akan dapat meningkatkan mutu pembelajaran disekolah.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan serta kelebihan aplikasi Microsoft Office Powerpoint versi 2016 di dalam pembelajaran sekolah.Selain itu juga petugas membuat demontrasi penggunaan powerpoint dan petugas meminta peserta membuat pembentangan slide.
Tarikh | 10 Ogos 2019 ( Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 6 Peserta |
Tujuan
E-Pembelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan bertujuan memberi latihan tubi kepada peserta dengan mengingati pelajaran di sekolah.Selain itu, juga ia dapat membantu peserta dalam sebutan yang betul , serta ejaan yang betul atas bimbingan petugas.
Aktiviti
Petugas meminta peserta mengeluarkan kata kerja dan ditukarkan dalam bentuk "past tense" dan meminta untuk menterjemahkan perkataan tersebut kedalam bahasa Inggeris dengan membina ayat yang lengkap. Tugasan itu disemak oleh petugas dan jika ada kesalahan , peserta haruslah membuat latihan itu semula.