Tarikh | 15 Januari 2019 ( Selasa ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 12 Peserta |
Tujuan
Kelas dan latihan pembelajaran online ini dilakukan untuk memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti kepada Persatuan Bina Insan kg Baru Nelayan. Selain itu , tujuan kelas ini diadakan untuk membantu dan mengajar peserta cara mengunakan aplikasi dashboard komuniti serta cara memuat turun aplikasi dashboard komuniti didalam handphone.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan apa itu dashboard komuniti , pengajar memberi penerangan tentang setiap satu yang ada didalam dashboard komuniti . Peserta diajar cara memuat turun aplikasi dashboard didalam handphone dan cara mengunakannya.
Tarikh | 13 Januari 2019 ( Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Kelas dan latihan multimedia mencipta logo ini dilakukan bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti peserta dalam ilmu multimedia di kalangan komuniti. Dengan adanya kelas ini, dapat melahirkan komuniti yang kreatif dari segi mencipta sesuatu logo.
Aktiviti
Pengajar menerangkan apa itu logo kepada peserta , kegunaan logo , fungsi dan ciri-ciri yang ada perlu pada setiap logo. Pengajar menggunakan aplikasi online iaitu Canva untuk mengajar peserta mencipta logo. Sebelum memulakan pelajaran, pengajar menerangkan kelebihan edit atau mencipta logo melalui canva. Peserta diberi latihan untuk mencipta logo mengikut kreativiti peserta.
Tarikh | 23 Disember 2018 (Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Kelas Media Sosial ini diadakan bertujuan untuk mengajar peserta ilmu pengetahuan tentang apa itu Media Sosial. Kelebihan kelas ini , peserta dapat mengetahui tentang penggunaan media sosial dengan betul , kelebihan dan keburukan yang ada didalam media sosial. Selain itu, peserta juga diperkenalkan perniagaan yang menggunakan media sosial seperti instagram dan facebook.
Aktiviti
Pengajar menerangkan slide mengenai media sosial antaranya pengertian , tujuan , fungsi dan jenis jenis media sosial. Tayangan video juga ditayangkan untuk menarangkan kebaikan dan keburukan media sosial. Peserta juga diberi 1jam untuk menjawab kuiz dari aplikasi "Quizizz".
Tarikh | 05 Januari 2019 ( Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Aktiviti dan latihan Microsoft Excel ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kaedah pengiraan yang digunakan didalam microsoft excel. Selain itu , peserta juga didedahkan beberapa formula yang biasa digunakan untuk membuat pengiraan didalam microsoft excel. Dengan adanya formula ini , segala pekerjaan yang dibuat oleh peserta akan menjadi mudah.
Aktiviti
Peserta diterangkan oleh pengajar maksud microsoft excel ini serta diberitahu tentang fungsi fungsi kegunaannya. Peserta juga diberi penerangan tentang formula formula yang biasa digunakan didalam microsoft excel untuk membuat pengiraan . Peserta diberi latihan dengan memasukkan maklumat tentang " Mobile legends " kedalam sheet excel serta membuat pengiraan mengunakan formula .
Tarikh | 22 Disember 2018 (Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Kelas ini dihadiri 7 Orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan komuniti setempat . Tujuan kelas ini diadakan pada hujung minggu untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta tentang Etika , kebaikan dan keburukan ketika menggunakan internet. Selain itu , juga dengan adanya Advokasi Etika Melayari Internet dapat memberi kesedaran ketika melayari internet.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang apa itu Internet dan kepentingan melayari internet. Selain itu , peserta juga diberi penerangan tentang kebaikan dan keburukan melayari internet. Peserta juga diberi tayangan video mengenai KDB Etika Melayari Internet . Selepas itu , peserta juga diberi permainan online iaitu kahoot yang berkaitan dengan KDB etika melayari internet.